Friday, December 28, 2012

Express the feelings~

Assalamualaikum.

Too many thoughts to be shared, too many things to be express, yet too many pressure to handle. Okey satu-satu k? So here's the story after 7 days didn't updating something here.

Cerita 1:

Remember the story of me being psycho towards sidan tu? Okey secara excitednya aku nak beritahu, he reply the message. And the reply sounds really positive ! Do you know how the small things like that can bring up my mood for the whole day? Semangat aku siapkan kerja bertangguh2. Tak tidur mengenangkan he willing to response me :) Tak tidur buat kerja la, bukan tak tidur berangan. Okey sambil2 la tu, buat kerja sambil berangan -,- Biarpun aku kata aku tak mengharap dia reply sebab macam tak proper nak start conversation kan? Believe me, itu semua adalah my way of being in denial, you know. And after he reponse me, I've fight with myself whether TO RESPONSE or NOT TO RESPONSE him. I take a few hours to calm myself and THINK of what I should do. Antara benda yang aku fikir, lagi sekali. Elok ke aku reply? Tak ke macam aku dah langgar prinsip aku yang kate pasal tak proper lah, apelah, sebelum ni.

Tapi ada satu lagi thoughts yang dok main dalam otak aku masa tu iaitu (ceh, iaitu), if we want something, we must show some efforts right? Siriusly aku cakap, selepas kecundang dengan beberapa orang crush sebelum ni, aku takkan give up ! kahkahhh over. takde, maksud aku, yela, yang before2 ni punya crush, aku kecundang sebab in the end, aku tahu rupanya mereka dah berpunya. TAPI yang ini, hmm. Aku agak yakin nak approach, sebab I know he's SINGLE. So benda yang selama ni jadi penghalang terhadap crush aku before2 ni, dah settle. So why don't I approach him, and show some hint of me being having a crushyy feeelings on him :P In fact sebenarnya he knows the fact, thanks to senot and salleh -,- And he actually told shenot for me to approach him. Okey dan sekarang masih tunggu his response since dia online seminggu sekali je -,-

Okey tadi aku banyak je benda nak share, tiba2 lepas excited cerita pasal sidan, abis semua lupa -,-

C ya again :D

Saturday, December 22, 2012

Ok, did i make it worst?

Assalamualaikum.

Bersambung episod semalam, yang aku start chat dengan sidan. Dan dengan noobnya, pagi tadi aku delete sebab rasa menyesal. Menyesal sebab thoughts ini:

Start conversation dengan lelaki yang aku tak kenal dan takde motif kot?? Saje nak isi masa lapang, perbuatan SIA-SIA.

Takdela totally sebab thoughts kat atas. Sebenanye sebab tweet member aku sorang ni:

ade awek kt fb baru wish good morning 15 minit y lepas..ape nk jd ngn ank dara skarang..

Woi taw tak sentap kena sebijik di muka ! macam tu ke respon budak2 lelaki bila ada awek tak kenal approach dorang through facebook? I'm a dead meat.

Pastu noob tak aku baru tahu yang mesej facebook tu mane la boleh nak delete kan. Delete tu boleh, tapi aku jelah yang tak nampak pun, dia tetap dah terima pun kan mesej tu. Haha. oke aku memang lembap sikit doh nak faham function2 kat facebook tu. Malu je study computer science. #eh

Then, aku mesej ini dekat beliau:

Salam, do ignore my previous message. Baru sedar yang macam tak elok nak start conversation takde tujuan. And good luck for ur final exam, projects etc.

So, aku rasa kejap lagi sidan mesti cop aku minah psycho.

Aku tak taw la tindakan aku tu akan memperbaiki keadaan ataupun sebaliknya. Sekian~


Mixed feeling

Assalamualaikum.

Hari ni perasaan macam bercampur baur sikit. Sedih ada, gembira ada, hambar ada. Kawalan emosi untuk hari ni agak kurang. Banyak main kot *ayat didi. Entah, banyak sangat main. Eh nak ulang berape kali. Aihh banyak maiinlah awak ni gee.

Dan hari ni siang elok je. Jaga mata dan hati. Malam, makan malam. Habis semua crush dulu2 lalu. Abis aku tengok dengan extreme. Siap aku nak start chat dengan sorang tu. dah excited tengah nak tunggu reponse, meroyan excited kat twitter. Then nampak didi twit ayat ni:

wise advice (yet): pls people, do not fall for someone THAT easy. wot u see, isn't always wot u get. expect less or just don't expect any!

dan:

high expectation may lead to disappointment.


HAH. padan muka aku !

InsyaaAllah aku cuba untuk baiki diri esok dan hari seterusnya. Kena terus mencuba. Sentiasa mencuba. Sebab kita tak tahu mati tu bila. Biar lah Allah kira usaha untuk kita berubah ni sebagai jihad kecil kita. Sebab, bukan senang nak berubah. So, effort tu kena ada. Memang kadang2 tu lalai. Normal la tu, manusia. Itula peranannya ada kawan. Allah hantar kawan2 tu letak status yang kena kat batang hidung kita. Biarlah sentap, asalkan bawak kepada kebaikan.

Ya Allah. Semoga aku istiqamah. Jangan bagi dugaan yang aku tak mampu tanggung. Amin Ya Rabb.



Sumber

Wednesday, December 19, 2012

Riak

Assalamualaikum.

Okey aku rasa certain kebaikan yang kita buat tu, tak perlu nak bagitahu kat orang kerana ianya akan jadi riak, bukan? Tapi hari ni tak tahu la kenapa dengan aku ni, aku cerita kat member aku pasal adala beberapa benda yang sepatutnya benda tu biarlah jadi benda yang between me and Allah yang tahu. And now I'm feeling guilty towards them for being riak.

And I'm looking for a solution about my problem yang bila dah bercakap tak boleh nak berhenti dan akan keluarkan perkara2 yang tak elok untuk diperkatakan. Contoh: Bukak aib orang, riak (macam kes tadi), mencarut (ohmaiii macam mana nak kawen dengan ustaz? -,-)

And this is the best solution, I guess:

"DIAM itu lebih baik dari berkata-kata".

But then, bila aku diam, people will misunderstand me. Biasanya, orang akan ingat aku tengah badmood bila aku diam. Tapi bukan salah dorang. Memang aku ada habit macam tu. Tapi sejak akhir2 ini, percayalah bahawasanya, diam aku adalah untuk mengelak benda2 tak elok tadi, okey? please don't misunderstand me my dear friends :) Mungkin aku perlu diam sambil senyum kot? hihihihii


Monday, December 17, 2012

Reminder

Assalamualaikum

Okey this is me. Yang bangun semula dari katil sebab tak dapat tidur. Dan buat assignment dan online.

Laptop tengah rodak. So ini reminder untuk benda2 yang aku nak bebel bila laptop dah elok.

#Birthday
#Dinner
#Tunang
#Hati...rempeyek..lagi?
#Dugaan
#Didi xoxo

Sumpehh aku suka sangat gambar ni !

Tuesday, December 11, 2012

Dari sudut hati kecilku~

Assalamualaikum.

Okey patutnye sekarang aku buat assignment yang berlambak2..dengan esok presentation lagi. Tapi nak curi mase jugak tulis sini.

Ahad depan, 16 disember (ehemm, besday aku taw...) ktorang ade dinner malam pre-graduation..dan tema malam tu adalah creative black tie. Dah nampak dah di ruangan mata budak2 lelaki kelas aku pakai suit segala kan..pehh. mahu tak gugur jantung tengok budak2 tu nanti. Kena kuatkan iman ni..hihih. Dan budak2 perempuan pulak merangkap member aku amboiii kemain dah redi dengan dress memasing. Cun2 belaka ah semua. Yelah kan, orang kalau dah cun, pakai la ape saje kan. Tetap cun. Hikss.


Nak dijadikan cerita, sekarang aku tengah sengkek, takde duit nak shopping dress2 baru. So, aku plan nak pakai je baju kakak aku masa dia hi-tea aritu. hmm. mulanya macam tulah plan aku. Tapi setelah menggariskan beberapa panduan untuk ke dinner nanti, rasa macam tak jadi nak pakai.


hah kemain kakak aku...



Beberapa garis panduan aku before g dinner tu nanti:

1. Baju longgar, tak nampak lekuk2 d badan..lemak sebenarnye -,-
2. Pakai inner neck, tudung labuhkan sampai bawah dada.
3. Selesa dan senang aku nak melantak makan ape saje malam tu..oww yess
4. Taknak pakai tudung belit2 sangat, kang tecekik
5. Simple dan tak tarik perhatian orang, aku tak minat sebenanye kalau orang pandang aku lebih2, aku lebih suke kalau takde orang perasan pun aku pakai ape malam tu...hehe

Pastu aku dok susah hati, apela nak dipakai ni..since baju kat atas ni macam mencapap je. pastu aku tak yakin nak pakai. Bile tak yakin, dinner tu nanti akan jadik tak best. Taknak la camtu. Dah baya mahal2 kan. nak jugak enjoy dengan selesanya. Aku memang aim nak pakai yang biase2 dan simple tapi sweet ha gitu.

Tiba2 semalam, member aku kate..ade sorang lagi member aku ada dress lebih. So aku g usharrr tadi. dan aku suka sangat. Longgar dan tak ketat. Then aku pakai je dengan tudung bawal nanti. Tak reti la nak belit shawl. hehe..so aku tak jadi ah pakai baju di atas. maaf kakak :D

Can't wait for the dinner.


Monday, December 10, 2012

I love mama !

Assalamualaikum.

Okey hari ni bahagiaaaa sangat ! Tadi pergi ambik surat yang mama kirim, dalam tu should be ada gamba masa kecik2 dulu. Gamba tu nak guna masa dinner hari ahad nanti. Entah, dorang nak buat game teka2 gamba sape kot. haha. Pastu dah lepas ambik surat tu, kemain rakusnye aku bukak on the way balik bilik. Kemain tak sabarnye -,- Bukak2 tengok ade satu kertas kaler pink. Ai?? aku dah pelik. Bukak, ambik, baca. Pak. Nangis on the spot kat situ jugak. Terharu sangaaaaaat. T___T



Tak sangka sangat weh. Mak aku kirim sekali kad besday aku. Besday aku hari ahad ni. Sumpeh sebak, terharu, sedih, excited semua ada bile baca kad ni. Dah la kad buat sendiri. Siap tampal makanan feveret aku pulak tuuuu..aa ayam goreng..udang..Tampal2 semua tu sendiri. Ya Allah, susah nak cerita perasaan aku sekarang. Rasa nak ambik flight sekarang jugak pastu g peluk mak aku kuat2 taknak lepas. Saaaaaayang sangat kat mak aku. Ah kalaulah boleh terbang.


Pastu tadi aku kol mak aku. Dah borak2 gelak2 semua pasal kad tu. Haha mak aku gelak2 je tengok aku excited semacam. Sirius berharga gile kad tu bagi aku weh. Ape2 pun tak saba nak balik..aaaa. ok enough gee -,-

Okey apa2pun, semua orang sayang mak masing2 kan. Jom kite hargai mak kite selagi dorang masih ade k? Jangan sekali2 derhaka kat dorang. Gaduh kecik2 kadang2 tu biase la, tapi make sure lepas tu mintak maaf k? Annnyeoong :D



Sunday, December 9, 2012

Syndrome

Assalamualaikum.

And hi, i'm having my menses right now, and according to one of my friend's theory, there are three phases during pms (this is what gurlzzz faces once a month -,-) First is, fasa bermuram durja. And LUCKILY, I'm in that phase right now -,- You know, all those stuff regarding mood swinging, hot tempered, easily-annoyed-even-by-small-thing/issues...that is all sooooooooo me. Yes I admit it. I'm the one who can't control my way of acting during pms. I'd rather spill out my anger towards people around me. But, dont worry, I'm working really hard to fix that. (so that in the future my husband will not becoming my next target of letting out my anger..duhhh..loser)

and tonight we will be going to watch Malaysia vs sape eh?? hah teruk tak aku, tu pun tak tahu -,- And I hope my good mood that I try to make it stay until now will continuously be there until the game finish. So that I'll not ruin the mood yaw. Wish me luck !

Eh nanti i sambung cerita pasal the next two phase okey? mmmuaaahhh

Auuuuuummmmmmm


Go go Harimau Malayaaaaaa ! You better win, or else my mood will be bad...againnn -,-

Friday, December 7, 2012

Its jodoh againnn !

Assalamualaikum.

Okey you have  to bear with me. I wanna talk about...again......jodoh. Bukan apa, 2 days ago, I've got this great news that one of my friend punya friend (kawan kepada kawan aku..iihihi), amazingly, she's officially engaged ! Subhananallah, masyaAllah..best kan?? Its not like orang lain yang bertunang tapi dia ni (nama tak boleh sebut buat masa ni)..you know, she's such a great muslimah, yang bile kau sekali tengok sangat nampak yang dia ni solehah. And what makes me surprise is, sebelum ni, dia ni seorang yang sangat macam menjaga diri, you know, bukan some sort of gadis yang suka sangat expose diri pada mata masyarakat (ceh ayat)..

Pastu tengok? dia jumpa jodoh masa buat intern 3 bulan. nampak tak ape yang aku cuba sampaikan. Allah knows the best. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap umatNya. Allah tahu ape dan bile mase yang sesuai untuk sesuatu tu berlaku dalam hidup kita. So, instead of aku meraung menangis sebab tak jumpe2 jodoh yang dicari, why don't aku berhenti buat benda2 lagha dan letakkan kebergantungan 100 peratus pada Allah yang Esa. Insya Allah, Allah akan beri apa yang terbaik untuk kita. Oww yes. Allah is near. Allah will response to those who ask. Teringat video Nouman Ali Khan yang cakap pasal Allah is near. Dalam situ beliau explain, Allah akan respon dekat sesiapa je yang meminta pada Dia. Allah tak spesifikkan pun ciri2 orang yang mintak tu, Allah hanya kata, ANYONE..ANYBODY. sape2 pun boleh. Mintalah dengan hati yang ikhlas dan bersugguh. Allah will response. He want to see some efforts from us before answering our du'a. Come on kawan2, lets makes efforts. Allah surely will answer us, amin. insyaAllah.

Susah nak luah

Assalamualaikum.

okey sebagai seorang perempuan *tetiba, aku tak tahu ape yang aku rase malam ni. mungkin lebih kepade rase bersalah kat diri sendiri dan sambil tu tengah in denial la. Denial. bukan Daniel -,- cube menafikan benda yang dah jadi depan mata.

Hmm. tula sebab dia kenapa aku takmo g makan kafe biase tu dah (meran). Macam tadi, dinner kat situ, dengan harapan xde ape2 la akan jadi. harap dapat makan dan terus balik. Tapi tak kesampaian. tengah tunggu order tu, aijudin n the geng pun datang. OK WARNING. cerita ni small matter je. tapi aku tak taw nak luah kat sape. ok sambung. pastu aku terpandang kat dia, then dia jeling. omk. aku macam nak je kate, heloooo, i'm not gonna kacau ur life anymore lah kan macam before ni. ok sebelum ni memang aku tengok dia macam nak telan sebab aku suka sangat. but then, itu dulu. Tapi tulah kan, dia mana nak taw aku dah stop buat benda2 tak berfaedah ni. And maybe this is the price i've to pay lepas buat benda2 ni dulu. Benda2 yang aku buat kata aijudin dulu: tengok beliau sampai beliau rase tak selesa..kot. lagi, tergedik2 depan beliau. Ya Allah, ampunkan dosaku.

And now, i'm gonna stop all those nonsense. This is serious. Bukan setakat stop tgk aijudin, tapi kurangkan jugak tengok benda2 yang tak sepatutnya. Lower your gaze, shield your glance.


"Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini setelah Engkau limpahkan iman padanya, amin"


Wednesday, December 5, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Sebagai hamba Allah kat muka bumi ni, dalam sehari tu jangan lupa untuk ucapkan alhamdulillah k. Tunjukkan rasa syukur sebab kita masih bernyawa lagi kat dunia ni. :)

Sebenanye pagi tadi mood aku takdela baik sangat. Kata hari rabu kan. Enrah, aku tak suka present subjek ite. Dan the worst part, ktorang dapat markah paling rendah. 80 je. Rasa  tak berbaloi. Hmm. Tapi yang bestnya, kelas real-time tadi cancel. Tapi yang tak bestnya, esok kena pergi talk pasal AR. Oh maiii. Yan gtak best lagi, petang ni ada exit test pukul 2. Tapi tak elok merungut, so aku dah ambik keputusan untuk lalui je semua ni. Ceh, ayat nak poyo je -,-

Aku nak expresskan kegembiraan aku je sebab dikelilingi member2 yang sangat positif, sangat tahu bidang agama. Aku ramai member yang suka post benda2 islamik kat facebook. Terutamanya dolah. Dan bila dia post tu, sia explain sekali mana2 yang susah nak faham. Siriusly orang macam ni  susah nak jumpa. Bila budak2 perempuan tanya soalan pasal aurat ke jodoh ke, jawapan dia mesti penuh dengan keikhlasan je. Tak ade perli yang menusuk kalbu. Kalau ade pun, perli untuk kebaikan. Sangat calon suami la beliau ni. Thats why aku sokong je kalau beliau dengan malina *Shhh...abis malina mengamuk kalau baca ni*

Okey babai i nak study untuk exit test *konon

Sunday, December 2, 2012

Kesentapan yang positif

Assalamualaikum.

Oke tadi ktorang g dinner macam biase kat kafe biase ah kan, mewanti. Then, nak dipendekkan cerita, ade lipas. Dan aku mencarut.."Shiiit"..ha gitew..

Pastu kawan aku cakap, "Gee pakai dah sopan tapi cakap shit"...... ngeh3..sentap tak, haaaaa. Lain kali perangai tu bia selari sikit. Pakai dah elok, tapi mulut tak kawal tak bagus jugak.

Terima kasih ela sebab tegur macam tu ^^

Dan situasi semalam pulak, ktorang lepak dengan member lelaki kat jj tebrau. Nak dijadikan cerita, masa nak solat maghrib tu, ramaaaaaaai tahap dewa orang kat surau tu. macam takde space langsung nak gerak. Masa tu aku rimas sangat, then dalam hati aku cakap ah, "Jadi lelaki time macam ni kan senang.." -..-

Pastu dah settle solat semua, ktorang g makan. Sementara tunggu order sampai aku cerita ah pasal kes surau sesak gile tadi, then susah nak g ambik telekung semua..jeng jengggg, kawan aku yang lelaki sorang tu respon camni.." Asal kau tak solat je pakai macam tu" Dia refer kat baju yang aku tengah pakai. aku pun cakap ah, mane boleh dol, baju aku ni muat2 kat badan je. Then aku terfikir kenape aku pakai baju muat2 kat badan je??? then kawan aku tu kate "Lain kali pakai la baju yang terus bawak solat...jubah ke.." HAH AMBIK KAU KENA SEBIJIK. Okey terima kasih nazirul sebab bagi aku ayat kesedaran macam tu ^^

Dan situasi seterusnya, aku ade sorang classmate yang bernama dolah. hihii.. dia suka tegur ktorang budak2 pompuan bab2 aurat ni. tegur direct punya. Haritu memang ramai kena tegur pasal suka selak2 lengan baju padahal lengan tu kan aurat -,- kihkihhhh, baik tak dolah?

Aku macam bersyukur la dikelilingi member2 yang suka tegur2 ni. Yelah, elok kan. Kadang2 kita ni alpa, member tulah patut main peranan benda2 macam ni. Ha gitew :P


Saturday, December 1, 2012

errr..beberapa benda yang i'm not soooo into

Assalamualaikum.

Aku macam ada certain benda tu yang aku tak berapa nak faham sangat sampai ari ni. Antaranya kan:

1. Kereta

Oke taktahu lah nape, aku memang not soooo into kereta. Yang jenis macam, bile ade kereta canggih2 lalu, aku bukan jenis bagi respon camni.."Woowwwww Honda cyviv tuuuuu.." or "pehhhhh lawa gile kot kereta tu, the latest punya keluaran tuuuuu...HYBRID siaaaaap" -..- Sirius weh, aku ni jenis yang taktaw sangat pasal nama2 kereta, apetah lagi specs2 yang ade pada kereta -,- Bagi aku, apabila ingin membeli kereta kelak, yang penting ianya cantik, selesa dan macho. Pasal specs tu mungkin aku kena refer kat suami, EH? Okey the same goes tu motor lah kan. Jenis2 motor or kereta ni tanyela kat aku, memang fail.


2. Aiskrim

Okey kan eskrim2 yang femes macam baskin robin ke tuti frutyy ke..eh tuti fruty tu eskrim ke -,- Hah dua jenama ni lah, aku macam...bukan macam, aku memang not soooo into dorang ni. Bagi aku rase eskrim kat dunia ni tak kisahla mahal ke murah ke...same je. Manis dan sejuk. Tak gitu ke? kihhkihhhhh, so sape rase nak belanje aku ke, eskrim seringgit dalam kon tu pun jadi..tak perlu yang mahal2 kerana SAYA SEORANG YANG TAK RETI NAK MENIKMATI SENI2 YANG TERDAPAT DI DALAM AISKRIM. -,-


3. Asam pedas

Ni lagi satu...aku tak dapat beza asam pedas yang sedap dan tak sedap, sebab bagi aku semua asam pedas tu same -,-


4. Ayam goreng

Kehkehhhh..yang ni pun, bagi aku ayam goreng semua sedap. Takde yang membezakan mereka kecuali saiznya.. *wink*

"banyak lagi sebenarnya, will be update later...

P/S: Tak suka orang yang berlagak

Thursday, November 29, 2012

Masa depan

Assalamualaikum.

Pastu kan...tetiba pastu -..- Aku nak sambung master. tapi taknak kat fac aku apetah lagi kat department aku. Tapi konfius pulak. Tapi sirius aku nak sambung belajar. Aku nak belaja tinggi2 sampai puas hati. yelah, nak buat ape lagi. Kawen pun lambat lagi, baik belaja sampai puas hati. Baru keje. Oh murninye niat aku..semurni minyak saji..ee apeke..selamat malam dunia~

*Actually..

keserabutan

Assalamualaikum.

Oke banyak benda dah jadi..tunggang langgang hidup aku kejap minggu ni. Dengan assignment belambak2 kena hanta, psm lagi kena tunjuk progress phase 1, tetiba ade oral tecs pulak. Dengan unexpected bad news nye lagi. Lemah semangat aku jadinye.

Meh nak cerita satu2. Pasal assignment, hmm macam biase, setiap ari rabu memang aku rase taknak bangun.  Especially rabu minggu ni. Kelas start pukul 8 pagi. Awal2 pagi dah ada presentation. Nice -..- Dah settle yang tu, kelas real-time computer graphic pulak..sepatutnya ade assignment kena tunjuk, tapi dr.hoirul x masuk kelas. Nerve-wreck gile weh nak masuk kelas dr hoirul ni, tak tahu ah kenapa.. Dah settle dua subjek ni, pukul 2 pulak ade oral tecs. Ah yang ni memang aku tak prepare pape, xde mase. memang xsempat. aku memang plan nak belasah je mase oral tu. So berbekalkan semangat dan iltizam(poyo), terjah masuk, tup2 dapat topik senang. Pasal team-work. Oh alhamdulillah. dan last sekali, jumpe supervisor psm tunjuk progress phase 1. Pendek cerita, Dr.shafry baik dan cool giler. alhamdulillah.

Maka tamat cerita akademikZzzzzz.

Cerita pasal adan. Senang cerita, selama ni aku memang mintak doa kat Allah banyak2 untuk tunjuk kat aku beliau tu dah ada awek belum. Yela, kalau dah ade, malas dah nak berharap..kaaan. Alhamdulillah, Allah pun dah tunjuk ape aku nak. Member jumpe twitter beliau, dan bagi kat aku, dan sebesar alam header photo dengan awek. Cuma muka awek tak nampak. Dan malam tu, sebab kitorang nak release stress lepas present benda2 assignment n psm tu semua, then g ah tengok wayang. Pastu terserempak dengan beliau dan aweknya. Hah, dan awek tu pulak rupanya one of my kenalan masa join kelab kompang dulu. NICE ONE. Maka tamatlah riwayat kisah pengharapan saye pada beliau.

Tahukah anda semua kejadian di tas berlaku pada hari rabu? Teruk bukan hari rabu saya untuk minggu ini *sigh*

Apa2pun, marilah redha wahai jimah yang slim. sangat. beh.

Friday, November 23, 2012

#Lesson 2: Maksud Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah:





Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat dan bukan jalan orang yang engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Thursday, November 22, 2012

#Lesson1: Maksud bacaan Doa Iftitah

Doa Iftitah:




Maksudnya:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Jodoh again~

Assalamualaikum,

Oke i petik ayat ni dari blog Farah Lee,

"Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur)."

Hmm tapi terlalu awal untuk aku yakin pasal adan tu. Aku rasa ni semua lebih kepada obsesi. Bukan cinta. Tapi langkah pertama aku adalah suruh member aku siasat yang adan tu dah ade yang punya ke belum. Tu je setakat ni since aku taknak la mengharap dekat orang yang dah berpunya.

Hari ni

Cabaran seterusnya untuk hari ni, member aku macam nak g umall. Harap2 in case dorang g ngan adan, aku berjaya kawal diri untuk tak ikut. Sekian~

Wednesday, November 21, 2012

Self-control

Assalamualaikum.

Tadi aku tidur dari pukul 2 sampai 4, lena sungguh. Hujan lah katakan. Bangun-bangun kelam kabut cari sijil2 untuk grad. Sijil muet lah, spm lah..itulah inilah..macam2. Eh jangan merungut. Kata nak grad ;)

Bangun2 member ajak g jusco, tapi i malas plus tengah jimat. Then tanya dorang g naik ape, katanya naik adan la in case member ktorang yang sorang yang ade kereta sorang ni takmo join. So tadi member aku kelam kabut sangat nak g, sempat ah aku tanya, rupanya dorang tak g naik member aku pun. So dorang naik adan lah ye kiranya?

Tahu tak rasa nak join, rasa nak jumpe adan, lama aku tak jumpa. Last hari sabtu. Hari ni Rabu. Tapi kenang2 balik ayat didi. Aku kena la cuba berhenti mengharap kat adan. Susah nak kawal diri weh. Susah. Sangat.

Tuesday, November 20, 2012

Macam biasa

Assalamualaikum.

Stealing some time before start doing my assignmentzzzzz. I don't know, things that happen today really makes me upset, disappointed and a little bit angry. But never mind, I'll try as fast as I can to forget about it and focus on more important thing (assignmentzzzz maybe..beh).

Akibat stress dari benda2 yang jadi hari ni, aku jog macam hape je tadi. Lari dah macam lumba lari. Abis aku tinggal member aku kat belakang..haha sori mira. Aku kalau stress, tulah salah satu penawar dia..jog laju2. Heww.

So that's that. Peace no war.

Oh lupaaaaaaaaa. Tadi aku timbang berat kat PK..oh maiiii..49 kg uolzz. Dulu 53 kg okey. See? Jog dan ambik meal seperti biase tu berkesan je :) Tak perlu skip meal. Tapi ambik meal yang sihat la. Jangan asyik fast food je -,- So target aku, 48 kg. Sikit lagi. hehe


Monday, November 19, 2012

Try my best

Assalamualaikum.

Susah memang susah. Tapi still untuk kebahagiaan hidup kat akhirat kelak, aku KENA CUBA sampai dapat. Bersangka baik sesama manusia. Bukan apa, aku ni ade perangai buruk yang suka bagi respon negatif dalam hati, contohnya aku nampak kucing menggesel2 kat kaki aku, pastu dalam hati mula la, "Eleh, ingat comel la buat camtu.." Ha camtu...

Lepas tu, aku kena tetapkan niat berubah kerana Allah. Bukan sebab nak bagi manusia impress ke hape. INI SIRIUS. Tetapkan niat yang satu tu.

Pastu, dah. Cukup-cukuplah mengharap kat adan. Dah la weyy.

Feelings

Kawan baik saya bagi semalam ;)



..it will gradually and eventually disappear. it's the matter of time AND self-control dear joji  ;)

Memasing punye hal lah~

Assalamualaikum,

Bagi aku kan, dalam hidup ni, satu je konsep dia, kau nak buat ke taknak buat ke, benda tu dari diri kau sendiri. Kalau kau buat, alhamdulillah, kalau tak buat, ok je but then tak payah nak condemn habis2 orang yang buat. Xpayah nak putar2 belit ayat ah kan, senang cerita, aku sebenanye tengah cakap pasal isu boikot produk2 yang menyumbang kepada ekonomi Israel.Yang bila kita guna/beli produk tu, secara tak langsung kita tolong Israel beli peluru tembak/bom Palestin. Aku secara terus terangnya eh, aku bukan arif sangat tentang isu2 macam ni. Tapi at the very least, aku taw apa yang tengah jadi kat orang2 Islam kat sana, Dibom, dibunuh, diseksa..oleh? Israel.

Dan aku tengok ramai gile orang dok gaduh pasal boikot2 mcD lah itulah inilah. Macam ada member aku kat twitter semalam kemain nak condemn sape2 yang boikot mcD tu. Bukan setakat member aku tu, ada sorang tu pun nak mempersendakan pasal boikot2 ni eh. Tu lah, bagi aku, kalau kau taknak boikot ke, nak boikot ke, hak masing2 la. Diam-diam sudah. Nanti depan Allah pun, jawab sendiri2 kan. So, aku pun tak nampak la ape yang kau nak marah sangat bile orang dok boikot mcD tu.

Hmm..semalam aku x berniat pun nak marah2 pasal benda ni, tapi bile dah menjadi2 sangat benda2 ni, oh aku yang cepat panas ni..aihh..gagal mengawal perasaan. Apa2pun, jomlah paling sikit pun, kita kirimkan doa untuk keselamatan saudara2 Islam kita di sana. At least nanti, bila Allah tanya apa kita buat masa saat2 macam ni, ade gak kan yang kite sumbang. Wallahualam.

Status salah seorang blogger:

Ingatkah lah lagi anda kisah burung pipit yang menyimbah air ke unggun api yang membakar nabi Ibrahim AS. lalu ada yang berkata kepada pipit. bukannya padam api itu dengan hasil air yang kau bawa. jawap pipit mudah..

"Sesungguhnya aku tidak mahu dipersoal dihadapan Allah nanti kerana tidak berbuat apa apa..."




Sunday, November 18, 2012

Benda yang bakal dibuat

Okey assalamualaikum,

Entah, aku tiba2 gian nak buat aktiviti2 panjat2 gunung ke..masuk hutan ke..maybe sebab dah lame tak buat kot..last aku buat aktiviti macam ni masa 2nd year aritu...aritu apenye..2010 kot -,- Tu pun sebab kakak aku ajak ganti kawan die...tetiba kena chicken pox (eh camni ke eja-,-) Pastu aku masa tu dan2 tengah stress dengan orang sekeliling (over)..so layankan je la kakak aku tu, kang g sorang mak aku tak kasi pulak...maka pontenglah kelas seminggu masa tu..kehkkehhkehh

Best gila masa tu, ktorang g Inner Jungle kat Taman Negara, Jerantut. Dalam pakej yang ktorang ambik tu, antara benda yang ktorang buat, em, jungle trekking 9 km (ni bapak nak tcabut kaki aku -,-), pastu bermalam dalam gua, then sambung lagi trekking 9 km jalan sampai perkampungan orang asli then bermalam dan berkawan2 dengan orang asli....errrr..masa ni aku sumpeh takut gile kena sumpit -,- Pastu, benda paling best, canopy walk. Aku malas nak tunjuk aku gayat, buat jelah muka macho kan, tips nak abiskan canopy walk yang sepanjang2 alam ni kan, kena jalan tanpa tengok kat bawah. Aku tengok je bawah tu mulalah imaginasi tinggi gila..kang jatuh pastu kat bawah tu ada cannibal dah tunggu siap2 nak masak aku -,- (overdose tengok wrong turn).

Em, lepas inner jungle tu takde dah aku buat outdoor activity macam tu. Rindu T__T Dulu masa first year, aku join ko-q trekking. So masa tu ktorang g trekking and camping kat teluk gorek. Em masa tu tak mencabar sangat kot(padahaaal nak pengsan panjat bukit ape tah nama dia tu..lupa). Ha pastu sampai sekarang takde dah trekking2 ke panjat2 gunung ke, tido dalam gua ke..takde peluang dan takde masa dan takde kos kot..

So lepas aku abis belaja nanti, in shaa Allah, aku aim nak buat benda2 ni:

1. Scuba diving (Pulau redang  dan perhentian...aaaaaah gile temptation doh pulau2 ni !)
2. Panjat gunung kinabalu n gunung tahan. Aku ni name je dduk sabah, gunung kinabalu pun tak sampai lagi T_T
3. Pastu habiskan lawat semua tempat2 rekreasi dalam Malaysia ni..baru honeymoon overseas (ah sudah tetibe honeymoon -,-)
4. Dan ni bukan ape, tapi siape tak teringin kan-----> UMRAH

Taw tak, aritu adik aku yang bongsu tu g panjat gunung kinabalu..hadiah sekolah bagi untuk budak2 pmr yang straight A's. Bukan alang2 hadiah macam tu, menyesal tak belajar pandai2 mase pmr dulu, aku dapat 7a je. Tapi masa zaman aku, hadiah pmr xdelah sampai panjat gunung kot? Advance sungguh sekolah aku sekarang -,-

So aku harap ade orang nak teman aku buat semua benda2 ni satu hari nanti. Since kakak aku yang selalu teman aku tu dah nak kawen. Wuwuwuuuu aku dah tak berteman -,-

Random

Okey assalamualaikum,

Aku baru je bangun. Teruk gile, macam mane tah nak kawen kalau bangun pun pukul 10 tah pape -,- Tapi takpe semua benda boleh develop. Yang penting jangan skip solat subuh sudehhh. Tapi kan orang kata, sape tido lepas subuh tu rezeki kurang...hewwww...patutla nye punn aku ni..haiih

So harini takde plan pape pun, buat assignment je lah kot, lunch satgi kat kafe biase, tapi malam aku dinner kafe lain. Malaih ah nak terjumpe sape2 yang boleh buat hati aku ni lemah semula...skarang kan belum berapa stabil sangat.

So lets do something productive today ! :)

Saturday, November 17, 2012

Third attempt

Assalamualaikum,

Hari ni aku, nana dan asy jengjalan(perosak bahasa-,-) kat umall, okey dengan niat yang satu, asy nak beli hamster, nana nak beli beg. Aku tukang teman makan je ^^

And then nak dijadikan cerita, masa nak pegi tu, macam biase nak call delivery service lah kan since naik teksi extreme dan mahal, dan bas utm pulak macam takde je hari ni memandangkan cuti sem x habis lagi (padahal ade je, ktorang je xtaw-,-). So macam biase la call adan (eceh name manje crush geli gile)..adan kate dia tak free. Hmm dah agak dah sebab pagi tu dia hanta member ktorang gak g larkin. Member aku tu nak g pasir gudang jenguk cousin dia :) So ktorang call prebet lain,dan maka selamatlah sampai ke umall.

Dah habis kat umall, fikir pulak macam mane nak balik. Niat awal nak g jusco beli kepci, nana mengidam :P Tengok2 kat luar hujan pulak...lebat...dan cancel plan kepci, so nak balik utm terus tapi lagi sekali teksi mahal, dan ktorang tlepas bas utm (kurang asam punye pakcik aku jerit mcam hape dia boleh tak denga) tapi takpe, aku maafkan pakcik tu ^^

So lagi sekali contact adan. Tanya dia free tak. Setelah itu ini, dipendekkan cerita, akhirnya ktorang balik dengan dia. Ni tak payah nak attempt sangat la, aku duduk sebelah dia, so sah-sah la aku tak pandang dia. Maka cubaan kawal segala perasaan pun bermula. Maka hari ini beliau agak ramah.

Adan: "Em tadi yang g pasir gudang tu kawan kan?"
Aku: "Aah." time ni ok lagi

*Senyap *krikkrikkkrikkkkkk

Aku: "Eh kalau g larkin berape eh?"
Adan: "Em tadi tak g larkin pun, terus hantar dia sampai depan rumah"
Aku: "Hah?? sampai pasir gudang??" maka dengan ini aku cemburu gila !
Adan: "Aah. Pasir gudang"
Aku: "(What theeee bapaaaaaak ah) Bukan ke jauhh pasir gudang tu??" aih masa ni memang ah cemburu gile kan. haih jeles la aku
Adan: "Eh xdelah, die jauh sikit je dari tebrau" *haihhhh aku dah la taktaw tebrau tu jauh mana
Dah, pastu aku merajuk sampai esok *over*

Foineeeee aku cemburu faham tak? ni lah dia namanya ornag tak pandai denga nasihat. Didi dah nasihat aku haritu kan suruh stop guna delivery service dia kalau taknak merana. Masalahnya. entahla, aku je yang tak boleh nak stop.

Friday, November 16, 2012

Second attempt

Oke assalamualaikum.

Sebenarnya hari ni aku kena buat assignment yang dah bertangguh lama gila, tapi curi mase jap nak bebel kat sini. Okey, macam mane nak kate? Tadi aku kelua dinner kat kafe biase. Then, cubaan untuk taknak tengok crush aku tu mungkin berjaya sikit, tapi still mata ni gatal nak tengok sikit2. Hmm..ISTIQAMAH tu sirius perlukan keyakinan dan usaha yang sangat tinggi.

I'll try my best..and regarding my new style of wearing bawal, its okey until today, when I think a group of guys stare at us like something's wrong. And that is the most awkward moment since I start wearing new style of my bawal. Terus rasa rendah diri dan tak tahulah ape nak kate dah. Aku kena kuatkan semangat sikit kot, biar ape orang kate, yang penting Allah ade.

Okey lets continue with the assignmentszzzz.

Thursday, November 15, 2012

First attempt

Oke tadi aku kelua dinner kat kafe biasa..dengan senot, asy n alia. Dan aku macam dah azam, "oke malam ni aku kena buktikan kat diri aku yang aku kena jaga pandangan semua tu lah"

Dan hasilnya memang.susah. Oke jaga pandangan dari tengok orang yang aku memang x pernah tengok tu simple. Part tu memang cemerlang. Yelah, buat ape aku nak pandang orang yang aku memang tak pernah pandang pun kan sebelum ni?

Tapi part nak stop pandang orang yang memang aku biasa dan nak pandang sentiasa tu, memang fail. FIRST ATTEMPT FAIL. Bila crush aku merangkap encik prebet tiba2 lalu, aku siap pandang dan lemparkan...senyuman. SEKIAN.

I'll try harder next time.

Lupa..kan.

Aku sekarang tengah cuba melupakan something yang susah sangat nak lupa. Dan tersinggah blog Farah Lee, dan jumpa ayat ni,

Surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

Jadi aku akan amalkan ayat ni, insyaAllah.

Aurat

Okey recently, aku tiba2 terasa macam nak cover aurat aku yang selama ni tak berapa nak cover dengan betul. Macam sebelum ni, aku pakai tudung pun bukan labuh dan tutup benda2 yang sepatutnya aku tutup. Padahal masa sekolah menengah dulu, ustaz ustazah aku selalu pesan, kalau pakai tudung tu biar labuh tutup dada. Aku taw je hukuman fremmfuan yang pakai tudung tapi tak cover dada. But still, aku buat jugak benda tu.

So, kat sini, its not like aku nak hebah2 nak blagak ke ape pasal aku nak pakai tudung labuh, cuma aku tak tahu nak luahkan kat sape pasal keinginan aku nak tukar gaya pemakaian tudung aku -,- Jadi aku cerita jelah kat sini kan, in case aku nak hangat2 tahi ayam je, aku boleh refer balik dengan ape yang aku dah tulis kat sini and ponder myself.

Sebenarnya aku ade jugak cerita kat member aku pasal aku nak pakai tudung besar sikit. Masa tu ktorang jalan2 kat jusco then lalu sorang fremmfuan ni pakai baju kurung and tudung labuh and she looks soo soooo sweet ! Faham tak bile kite tengok orang tetiba rasa sejuk je hati. Hah macam tu la aku rasa masa tu. Then aku cakap kat member aku tu.."Wey aku teringin je nak pakai tudung macam tu..macam sweet je" Pastu kawan aku reply, "Boleh je, tapi kena sesuai la dengan baju". Masa tu aku terfikir, tak jalan gak kalau aku pakai tudung labuh dengan baju2 yang biasa aku pakai (t-shirt muat2 kat badan, t-shirt tak cover punggung) Mostly baju2 aku dari zaman sekolah sampai sekarang semua t-shirt macam tu je.

So, kalau nak ikutkan dengan cara nak berubah, kenalah beli baju2 yang labuh bia sesuai pakai dengan tudung tu kan. Tapi buat masa sekarang ni, bajet aku tak cukup nak shopping2 baju ni. So kena tunggu habis belajar dan kerja nanti baru boleh transform kot? That is what I thought masa kat jusco tu.

Tiba2, aku terbaca ayat ni kat facebook,


Kan? Kenapa aku kena tunggu kerja nanti baru nak berubah? Kenapa kena jadikan takde duit sebagai alasan? So start situ lah kot aku macam fikir lagi, renung2 lagi...google itu ini pasal aurat, tengok youtube semua, then terjumpa video tutorial ajar macam mane nak pakai tudung bawal saiz yang biase aku pakai tu, labuhkan dan cover dada. Aku bersyukur sangat jumpa video tu, sebab memang cara pakai tudung macma tu la yang aku cari selama ni, xpayah g beli tudung baru pun takpe. Tudung yang aku ada sekarang ni pun dah boleh pakai dengan sopan sebenarnya. Thanks to Dena Bahrin yang dah buat tutorial pasal tudung bawal tu.

So, masuk hari ni, dah 3 hari aku pakai tudung gaya macam tu. Sirius aku rasa lagi terjaga. Aku harap aku istiqamah teruskan dengan pendirian aku nak tutup aurat ni, amin.

Jadi bile dah pakai sopan macam tu, secara tak langsung perilaku semua tu kena jage la kan. aku tak bole la nak teruskan perangai cuci2 mata kat kafe macam yang selalu aku buat tu. So hari ni bersamaan tahun baru Islam, ni antara azam yang aku akan berusaha capai for the rest of this year, In shaa Allah:

1-Tutup aurat dengan lebih sempurna
2-Berhentilah pandang2 anak teruna orang weiii (yang ni aku akan cuba buat with all my might)

Dan ni ayat yang buat aku rasa AKU KENA BERUBAH.

"Let us veil our aurah for a bright akhirah",
[FARAHiskandar 2012]


Wednesday, November 14, 2012

Jodoh lagii

Okela yang ni last untuk hari ini, doa yang selalu aku baca,

"Ya Allah, jika sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku bertemu dengan jodohku, tabahkan hatiku dan kuatkan imanku untuk menerima ketentuanMu."

Relax lah dulu ji, umur baru nak masuk 22 kan. banyak.masa.lagi.walaupun.tak.terlalu.banyak.sebenarnya.

Aura negatif

Aku ni kan, tak taw la nak kate cane dah, kadang2 tu bile sampai tengah2 masa bulan mengambang tu, punye ah negatif dia tu kan, tak terkawal. Suka bsangka buruk la, ape la, itu la..ini la..haaa. Tapi kan..bukan nak puji diri ke ujub ke hape eh..sejak 2 3 tahun ni, senang cerita sejak masuk utm ah ni ah (sejak dah jadi orang, sebelum ni tak orang sangat -,-)..aku mula nampak perangai2 aku yang betul2 punya perangai...giteww.

1. Panas baran, yang ni memang tak dapat dinafikan la. Ekceli dah sedar masa sekolah menengah dulu, tapi aku layankan je, tapi kat sini aku cuba berubah, tatktaw la kalau orang tak nampak, tapi aku sendiri dapat rase yang panas baran tu dah kurang sikit. Maksud aku, ade time2 yang bile aku rasa nak marah, mencarut depan2 semua, tinggi suare ke..aku diamkan je. Tah, ornag tak perasan kot..takpe, aku buat tu pun bukan nak suruh orang perasan, aku taknak kena sakit darah tinggi je nanti..kekeke

2. Sensitif, yang sensitif ni mestilah pasal jodoh (malas nak explain yang ni sebab banyak gile kot aku bebel pasal jodoh sebelum2 ni. Eh baideway, yang cerita pasal crush the latest tu..disebabkan beliau membuat delivery service kan...tadi...aku....jumpa....beliau......(sebenarnya bukan jumpa, aku saja gatal guna delivery service dia lagi)...dan macam biasa........jatuh....cinta....lagi.....aku dah kate kan, jangan buat baik sangat kat aku, aku ni senang cair. hati tu macam rempeyek, rempeyek pun kalah...kan..tahu tak ape jenis kebaikan2 dia? Satu, dia sangat pemurah, ok bagi aku kalau dari utm ke jusco tu kena cas RM 5, tu biasa lah kan, tapi kalau dah g sri putri, umall semua pun dia cas 5 ringgit jugak, ah memang cair ah kan aku..pastu pegi sejauh2 CS tu pulak, dok kate bagi je berape2..tak tetapkan pun..ok mungkin bagi orang lain benda tu biasa, tapi aku yang rempeyek ni weh memang tak boleh..pastu datang on time gila, janji pukul 2, pukul 2 tu betul2 tpacak bawah blok. Pastu bawak kereta punyelah berhemah alahaiii...ok bagi member aku memang slow ah kan die bawak, tapi aku suka (eleh kalau dah suka tu semua benda pun nak suka -,-) tapi sirius la..aku prefer la dia bawak slow dari bawak drift tah pape..i ni dah la x jumpe jodoh lagi..kang accident guane? ha giteww

#PADAHAL HARI TU KAWAN AKU DAH NASIHAT JANGAN GUNA DELIVERY SERVICE DIA LAGI SUPAYA AKU STOP MEROYAN.

Tengok tak pasal2 panjang gila cerita pasal crush...oh maii

Ade banyak lagi la perangai yang aku discover sejak aku masuk utm ni..kang sambung..

Awal Muharam

Assalamualaikum, em selamat menyambut awal muharam kepada semua umat Islam.

Doa akhir tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa awal tahun:




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





Tuesday, November 13, 2012

Perihal hati

As-salam, sejak 2 3 hari sejak start cuti midsem ni, aku mula rasa something yang tak best..rasa macam hati tak betul..apelagi..pasal jodoh la..aku mula nak merapu post benda2 pasal jodoh kat twitter..ni antara yang aku post..

Here's what have been in my thought recently--> Nanti kalau aku kawen, betul2 ke husband aku panggil aku "MAH" -,-


Lagi-->Aku ni dok susah hati pasal jodoh, dah lengkapkan diri seadanya ke?


"apesal aku ni x jumpe2?"..and the worst thought.."jodoh dah meninggal ke?-,-


And here's another thought--> Jodoh tu perlu dicari or perlu ditunggu? Not exactly thoughts actually..more to question~



Takdela, aku tiba2 terfikir benda2 macam tu..yang first tu tak kisahlah..tapi, member aku respon kat tweet aku kata macam ni,

 kau kenapa ji.. hai lah. tak sabar sangat niii

 hoi kau dah kenapa ji! sesungguhnya aku fikir siapa yg buat relax tu nnt bakal dpt yg plg nyumm. Hehehe


Maka bermulanya sesi kaunseling aku dengan member aku ni, semua aku tanya kat dia, pasal kenapa aku susah nak stop buat benda2 lagha ni, kenapa aku asyik senang je nak suka dekat orang. Maka jawapan beliau adalah, semua tu permainan HATI.

Aku tunjuk jelah k antara nasihat-nasihat yang dia bagi kat aku:
ha.. lagipun joji kau dah bersedia ke nak kawen punn.. hihi! sorry lah ji, 

tapi aku mmg rasa couple tu sgt buang masa duit dan tenaga.. (HIGHLIGHT THIS POINT)

unless the relationship will bring you to something beneficial to you.. than 

yes. go ahead


Okey dan part seterusnya, pasal HATI:

remember to protect your heart.. sebenarnya hati ni paling 

penting. hati yg kotor buatkan manusia tak tau nak beza baik buruk

dikaburi benda apa yg patut buat.. apa yg tak patut buat

so shield your heart and your glance.

bayangkan.. hati ni macam sponge. bila sesuatu yg presenting dunya, hati 

akan accept atau reject

kalau hati tu protected dan rejek benda dunia, pasti hati selamat. remain 

safe insyaAllah.

TAPI kalau hati unprotected dan terima dunya, macam sponge dalam 

bekas yang ada dakwat. the heart will absorb

dan lebih scary dia boleh absorb sampai core dalam yang pada satu 

masa sgt susah utk dikeluarkan dan bersihkan

nak bersihkan sponge yg kotor mesti guna kuasa perahhhh dan jugak 

pasti kau akan rasa mental pain. jd sebelum parah, baik kau fikir betul2



Dan part paling penting? Ni memang kena sebijik kat muka, padan muka aku 


so put away all the thoughts

tak yah lah fikir lagi pasal dia. tak senang memang, tp kau try to ponder. 

does it really worth yr time? dia sedar ke pun??

try replace him dgn something worth your time

something better. get closer to Allah. itu yang paling penting

seek His guidance. minta petunjuk. insyaAllah soon He will answer your 

prayer.

jangan biar kan kau diselebungi agonize!


Best bukan nasihat2 dia? memang aku renung semula, 3 tahun setengah aku kat utm ni, selain belajar, pegi kelas, ponteng kelas, shopping sana sini, makan itu ini..benda yang paling buang masa aku buat adalah mencuci mata tengok benda yang sepatutnya aku tak tengok. Padahal sebagai seorang fremfuaan aku taw sepatutnya aku kena jaga pandangan aku dari semua benda yang tak sepatutnya, tapi ape je yang aku buat selama ni? 

Tak ke aku dah bazirkan pandangan aku nii dekat sape2 tah (padahal kan patutnye simpan semua ni untuk suami).

Adios~



Monday, November 12, 2012

Penangan boogie

Hah pastu tiba2 hari ni aku bangun lambat gila pukul 12.30..x pasal2..aku sejak 2 3 minggu ni asyik imsonia je..tah pape..sebelum tidur tu banyak sangat fikir benda bukan2..so lelap pun dekat 3 4 pagi..konon pagi tadi plan nak joging pukul 6 camtu...harapan~

Aku start imsonia aku ni sejak tengok cerita hantu tula..yang sinister tu...xpasal2 nak tbayang boogie tu dok sebelah katil aku...tiap malam pulak tu..xpasal2..malaih dah nak layan cerita hantu lepas ni..teruk benau hah penangan boogie tu kat aku...aku tengok membe aku lain rilek je..e over la aku ni..


hah tengok tu ! mana taknye aku meroyan


Ape2pun esok aku nak g tengok Istanbul Aku Datang..hehe..crita tu kan comel2 ringan2 je...release sikit stress aku..heww~

Apa yang aku pandang?

Oke aku kalau carik suami kan (tak sudah2 suami..ni dah fasa gatai sangat nak kawen ke hape)..mula2 tu aku ingat aku materialistik sangat..pandang yang ade kereta je..rupa2nya tak..rupanya aku pandang hati....beh...aku macam terus suka sape2 yang baik..sopan..considerate...protective(rasa selamat gila walaupun baru kenal..cehh)..em ramah sikit...bawak kereta pun berhemah..cakap pun sopan santun..eleh korang nak taw, nilah ciri2 crush aku yang the latest tu..-,-

Selamanya pun crush~

Oke maksud selamanya pun crush tu kan, maksud dia, kalau aku crush kat somebody tu kan..memang sampai bila2 pun la akan remain sebagai crush...behhh...haaaam..bar~

Dah nak buat macam mana lagi? Dahnye aku ni jenis orang macam tu..jenis yang tak reti nak cakap kat orang tu aku dah crush kat dia..lagi satu, ade ke orang g confess kat crush dia? I mean..perempuan la kan uollss ni..aku ni bercakap dari view seorang feremmfuann..ade ke feremmfuann yang g confess kat crush dia? kan banyak consequences dia tu nanti..maksud aku kesan2 akibat confession yang dia buat tu...kalau positif takpela..alhamdulillah..kalau kena reject cane? tak ke malu? haih~

Aku bukannye ape..macam biase ah kan..aku jumpa crush baru (wahaa bukan main berfoye2 ramai sangat crush)...cruh je pun, bukan boyfie euw euuw -,-pastu member aku suruh aku kaji balik kenapa aku boleh start suka kat dia ni...sebab yang kali ni punye crush macam kritikal je..ke sebab aku despo sangat sebab dah nak abis blaja tapi still xde teman..foreveralone sentiasa..bod~

Fikir2 balik, sebab aku despo kot...tah malas nak fikir..yelah tu kot..okey, mugkin betul sebab despo..so jangan layankan sangat aku ni...meroyan cam ape tah..


Wednesday, October 3, 2012

Pura-pura bodoh.

bilamana kau terlalu banyak berkata-kata, kau selalu tersilap kata. atau mungkin juga kata-kata kau disalah erti kan orang. bila jadi macam tu, hubungan dengan orang pun jadi renggang. hati mula sakit. bila hati sakit, orang mula benci kau. semuanya back to basic- 'terlalu banyak berkata-kata.' ada tika, lebih baik kau diam dan kata di kepala saja. senyum dan pura-pura bodoh. lagi baik. :)

-Zack Zukhairi-

Wednesday, September 19, 2012

Problems never die.

Ok, salam.

Banyak gile masalah datang bertimpa-timpa kat aku sekarang ni. Minggu ni minggu kedua semester baru bukak. Sem ni aku sem 7 yakni final sem aku kat utm ni. Bermaksud tinggal 6 bulan lagi jelah aku akan habiskan sisa hidup kat utm ni. hew.

Latihan praktikal aku pun dah berakhir dengan jayanya hari tu. Takdelah jaya sangat kan, tapi dapatlah jugak status lulus tu. So, sem ni memang sem paling kritikal kot sebab kena siapkan PSM (Projek Sarjana Muda). Untuk PSM, aku bakal buat satu web yang based on video streaming concept gitew, konon-kononnye macam Tonton la. Tapi yang aku buat ni, skop dia kecik sikit. Aku fokus kat industri nasyid kat Malaysia ni. Maksudnya dalam web tu nanti, user bolehlah kan straming video-video nasyid kat Malaysia ni. Ha giteww. Tapi kengkadang aku risau gak dengan PSM aku ni, aku tengok budak-budak kelas aku punya projek macam gempak2 je hah. Buat sistem tawaf, collision detection, speech recognition...hah tengok, dahsyat bukan tajuk2 mereka? Hew hew, tiba2 aku buat web je..hew hew.

Anyway, semenjak dua menjak ni banyak je masalah yang mendatang. Sampai tahap aku malas nak nangis. Rasa nak nangis tu memang ada, tapi air mata tu taknak kelua..hew. Hari tu aku ambik shortsem masa cuti sem. Sebab nak kurangkan sikit kredit untuk sem ni. So, masa shortsem tu dah abis, aku sewa ah bilik nak simpan barang2 aku ngan member2 semua kan. Kira ktorang share2 duit ah. Xdelah kena mahal sangat. Tiba2 ada sorang kakak master ni tumpang barang2 kat bilik aku sekali. Ok jelah kan, sebab ade je space lagi. Nak dijadikan cerita, bpleh pulak printer yang dia tumpang, HILANG. So, masalahnye sekarang ni, aku kena ganti. Ganti okey. Akak tu soh baya kat dia separuh harga printer tu. RM 300. Duit tu ada, cuma kalau aku bayar duit tu, bajet aku sem ni memang akan lari gila2 punya. Mampos.

Masalah seterusnya. Dulu aku ni budak jahat taw. Suka ponteng kelas. Tak buat assignment semua. Tapi xdelah teruk pun result aku dulu2. Tiba2, masa aku sem 3 haritu, aku fail satu subjek ni taw. Then, aku repeat subjek tu. So, effect dia, sem ni aku kena ambik subjek yg junior ambik. Aku wajib ambik subjek tu, kalau tak, kena extend, takleh grad. Tengok2 subjek tu clash pulak dengan subjek lain. So dah deal dengan lecturer dan jugak classmate aku untuk tukar jadual. Dah settle pun benda tu, cuma aku rasa bersalah gila sebab bila tuka jadual tu, ada certain classmate aku yang kelas dorang straight 7 jam non-stop. Kesian kan? Tapi nak buat macam mana lagi? Takkan aku nak extend kot semata2 tu. Jadi sampai sekarang aku rasa bersalah tak sudah.

Pastu masalah lain, aku rasa kurang kasih sayang seorang bapak. Terasa di-ignore. Okey masalah yang ni aku malas nak explain sangat. Tu la pasal, aku suka sangat tengok lelaki yang nampak macam kebapaan taw. Okey, tu ciri2 lelaki idaman aku nombor satu. TAPI BUKAN SUAMI ORANG OKEY.

Saturday, April 28, 2012

Transferringgg.

Salam.

Aku terpaksa wujudkan blog baru ni pulak. Sebab bolehnye blog aku yang satu lagi tu..The Journey of My Life' tu kan, macam kena hack. So, aku sendiri tak leh nak view blog tu dah, apatah lagi nak membebel buat post baru. Haihh. Biasal hidup..*tetiba*

Pastu sejak dua menjak ni, aku macam gian nak meluahkan perasaan (ceh).. luah kat manusia rasa macam menyusahkan dorang pulak..yela,masing2 pun ada masalah sendiri...takkan aku nak tambah dengan masalah2 aku yang x berapa nak menarik ni kan?

Anyway, sem ni aku tengah berlatihan praktikal taw. Tempat aku intern tu dekat je, belakang utm je which is bila pegi naik kereta, dalam 15 minit pun dah sampai. Tapi bukan tu yang aku nak cerita kat sini. Hmm, yang part x bestnye kan, tetiba dorang nak posting kitorang ke kl..sebulan pulak tu???? Macam tak tahu pulak kan, sebulan tu lama kot. Hari tu aku macam dah lega sikit taw, sebab macam dah x jadi taw benda posting2 ni..sebab ada masalah penginapan kat sana kan..yelah, sebulan kot, ingat senang nak carik rumah sewa semua? Tetiba semalam lecturer aku post..tempat penginapan dah dapat, then ready sebab nak gerak 3 Mei nanti yakni hari KHAMIS ini.

Sebenanye ade la satu ketika tu kan, masa mula2 taw yang kitorang akan diposting ke kl, aku happy sangat, sebab time tu aku memang nak sangat blah dari JB ni..sebab masa tu aku dalam fasa putus cinta. Okey tipu, fasa cinta x berbalas sebenarnya..haha (Pity u jimah..boo). Tapi x lama lepas tu, hepi semula, bukan sebab cinta berbalas ke hape, just sebab i've learn to accept the fact that tak semestinya bila kita mencintai somebody tu kita kena memiliki dia..haha..geli kan ayat aku? sekian~

Eh ape lak sekian..x habis cerita lagi nih. Pastu sekarang bila aku dah hepi dan tengah enjoy gila duduk kat sini, dan dan tu jugak lah nak kena transfer kl. Pandaaaaiii. Hidup x selalunya indah kan? Dan sekarang ni aku hanya menanti kata putus je dari dorang sama ada confirm ke tak kitorang ni akan ditransfer ke kl. Doakan yang terbaik untuk kami (ayat retis).