Monday, November 19, 2012

Memasing punye hal lah~

Assalamualaikum,

Bagi aku kan, dalam hidup ni, satu je konsep dia, kau nak buat ke taknak buat ke, benda tu dari diri kau sendiri. Kalau kau buat, alhamdulillah, kalau tak buat, ok je but then tak payah nak condemn habis2 orang yang buat. Xpayah nak putar2 belit ayat ah kan, senang cerita, aku sebenanye tengah cakap pasal isu boikot produk2 yang menyumbang kepada ekonomi Israel.Yang bila kita guna/beli produk tu, secara tak langsung kita tolong Israel beli peluru tembak/bom Palestin. Aku secara terus terangnya eh, aku bukan arif sangat tentang isu2 macam ni. Tapi at the very least, aku taw apa yang tengah jadi kat orang2 Islam kat sana, Dibom, dibunuh, diseksa..oleh? Israel.

Dan aku tengok ramai gile orang dok gaduh pasal boikot2 mcD lah itulah inilah. Macam ada member aku kat twitter semalam kemain nak condemn sape2 yang boikot mcD tu. Bukan setakat member aku tu, ada sorang tu pun nak mempersendakan pasal boikot2 ni eh. Tu lah, bagi aku, kalau kau taknak boikot ke, nak boikot ke, hak masing2 la. Diam-diam sudah. Nanti depan Allah pun, jawab sendiri2 kan. So, aku pun tak nampak la ape yang kau nak marah sangat bile orang dok boikot mcD tu.

Hmm..semalam aku x berniat pun nak marah2 pasal benda ni, tapi bile dah menjadi2 sangat benda2 ni, oh aku yang cepat panas ni..aihh..gagal mengawal perasaan. Apa2pun, jomlah paling sikit pun, kita kirimkan doa untuk keselamatan saudara2 Islam kita di sana. At least nanti, bila Allah tanya apa kita buat masa saat2 macam ni, ade gak kan yang kite sumbang. Wallahualam.

Status salah seorang blogger:

Ingatkah lah lagi anda kisah burung pipit yang menyimbah air ke unggun api yang membakar nabi Ibrahim AS. lalu ada yang berkata kepada pipit. bukannya padam api itu dengan hasil air yang kau bawa. jawap pipit mudah..

"Sesungguhnya aku tidak mahu dipersoal dihadapan Allah nanti kerana tidak berbuat apa apa..."




No comments:

Post a Comment