Sunday, November 18, 2012

Benda yang bakal dibuat

Okey assalamualaikum,

Entah, aku tiba2 gian nak buat aktiviti2 panjat2 gunung ke..masuk hutan ke..maybe sebab dah lame tak buat kot..last aku buat aktiviti macam ni masa 2nd year aritu...aritu apenye..2010 kot -,- Tu pun sebab kakak aku ajak ganti kawan die...tetiba kena chicken pox (eh camni ke eja-,-) Pastu aku masa tu dan2 tengah stress dengan orang sekeliling (over)..so layankan je la kakak aku tu, kang g sorang mak aku tak kasi pulak...maka pontenglah kelas seminggu masa tu..kehkkehhkehh

Best gila masa tu, ktorang g Inner Jungle kat Taman Negara, Jerantut. Dalam pakej yang ktorang ambik tu, antara benda yang ktorang buat, em, jungle trekking 9 km (ni bapak nak tcabut kaki aku -,-), pastu bermalam dalam gua, then sambung lagi trekking 9 km jalan sampai perkampungan orang asli then bermalam dan berkawan2 dengan orang asli....errrr..masa ni aku sumpeh takut gile kena sumpit -,- Pastu, benda paling best, canopy walk. Aku malas nak tunjuk aku gayat, buat jelah muka macho kan, tips nak abiskan canopy walk yang sepanjang2 alam ni kan, kena jalan tanpa tengok kat bawah. Aku tengok je bawah tu mulalah imaginasi tinggi gila..kang jatuh pastu kat bawah tu ada cannibal dah tunggu siap2 nak masak aku -,- (overdose tengok wrong turn).

Em, lepas inner jungle tu takde dah aku buat outdoor activity macam tu. Rindu T__T Dulu masa first year, aku join ko-q trekking. So masa tu ktorang g trekking and camping kat teluk gorek. Em masa tu tak mencabar sangat kot(padahaaal nak pengsan panjat bukit ape tah nama dia tu..lupa). Ha pastu sampai sekarang takde dah trekking2 ke panjat2 gunung ke, tido dalam gua ke..takde peluang dan takde masa dan takde kos kot..

So lepas aku abis belaja nanti, in shaa Allah, aku aim nak buat benda2 ni:

1. Scuba diving (Pulau redang  dan perhentian...aaaaaah gile temptation doh pulau2 ni !)
2. Panjat gunung kinabalu n gunung tahan. Aku ni name je dduk sabah, gunung kinabalu pun tak sampai lagi T_T
3. Pastu habiskan lawat semua tempat2 rekreasi dalam Malaysia ni..baru honeymoon overseas (ah sudah tetibe honeymoon -,-)
4. Dan ni bukan ape, tapi siape tak teringin kan-----> UMRAH

Taw tak, aritu adik aku yang bongsu tu g panjat gunung kinabalu..hadiah sekolah bagi untuk budak2 pmr yang straight A's. Bukan alang2 hadiah macam tu, menyesal tak belajar pandai2 mase pmr dulu, aku dapat 7a je. Tapi masa zaman aku, hadiah pmr xdelah sampai panjat gunung kot? Advance sungguh sekolah aku sekarang -,-

So aku harap ade orang nak teman aku buat semua benda2 ni satu hari nanti. Since kakak aku yang selalu teman aku tu dah nak kawen. Wuwuwuuuu aku dah tak berteman -,-

No comments:

Post a Comment