Okey patutnye sekarang aku buat assignment yang berlambak2..dengan esok presentation lagi. Tapi nak curi mase jugak tulis sini.
Ahad depan, 16 disember (ehemm, besday aku taw...) ktorang ade dinner malam pre-graduation..dan tema malam tu adalah creative black tie. Dah nampak dah di ruangan mata budak2 lelaki kelas aku pakai suit segala kan..pehh. mahu tak gugur jantung tengok budak2 tu nanti. Kena kuatkan iman ni..hihih. Dan budak2 perempuan pulak merangkap member aku amboiii kemain dah redi dengan dress memasing. Cun2 belaka ah semua. Yelah kan, orang kalau dah cun, pakai la ape saje kan. Tetap cun. Hikss.
Nak dijadikan cerita, sekarang aku tengah sengkek, takde duit nak shopping dress2 baru. So, aku plan nak pakai je baju kakak aku masa dia hi-tea aritu. hmm. mulanya macam tulah plan aku. Tapi setelah menggariskan beberapa panduan untuk ke dinner nanti, rasa macam tak jadi nak pakai.
hah kemain kakak aku... |
Beberapa garis panduan aku before g dinner tu nanti:
1. Baju longgar, tak nampak lekuk2 d badan..lemak sebenarnye -,-
2. Pakai inner neck, tudung labuhkan sampai bawah dada.
3. Selesa dan senang aku nak melantak makan ape saje malam tu..oww yess
4. Taknak pakai tudung belit2 sangat, kang tecekik
5. Simple dan tak tarik perhatian orang, aku tak minat sebenanye kalau orang pandang aku lebih2, aku lebih suke kalau takde orang perasan pun aku pakai ape malam tu...hehe
Pastu aku dok susah hati, apela nak dipakai ni..since baju kat atas ni macam mencapap je. pastu aku tak yakin nak pakai. Bile tak yakin, dinner tu nanti akan jadik tak best. Taknak la camtu. Dah baya mahal2 kan. nak jugak enjoy dengan selesanya. Aku memang aim nak pakai yang biase2 dan simple tapi sweet ha gitu.
Tiba2 semalam, member aku kate..ade sorang lagi member aku ada dress lebih. So aku g usharrr tadi. dan aku suka sangat. Longgar dan tak ketat. Then aku pakai je dengan tudung bawal nanti. Tak reti la nak belit shawl. hehe..so aku tak jadi ah pakai baju di atas. maaf kakak :D
Can't wait for the dinner.
No comments:
Post a Comment