Assalamualaikum,
Oke i petik ayat ni dari blog Farah Lee,
"Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim, berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur)."
Hmm tapi terlalu awal untuk aku yakin pasal adan tu. Aku rasa ni semua lebih kepada obsesi. Bukan cinta. Tapi langkah pertama aku adalah suruh member aku siasat yang adan tu dah ade yang punya ke belum. Tu je setakat ni since aku taknak la mengharap dekat orang yang dah berpunya.
No comments:
Post a Comment