Saturday, April 28, 2012

Transferringgg.

Salam.

Aku terpaksa wujudkan blog baru ni pulak. Sebab bolehnye blog aku yang satu lagi tu..The Journey of My Life' tu kan, macam kena hack. So, aku sendiri tak leh nak view blog tu dah, apatah lagi nak membebel buat post baru. Haihh. Biasal hidup..*tetiba*

Pastu sejak dua menjak ni, aku macam gian nak meluahkan perasaan (ceh).. luah kat manusia rasa macam menyusahkan dorang pulak..yela,masing2 pun ada masalah sendiri...takkan aku nak tambah dengan masalah2 aku yang x berapa nak menarik ni kan?

Anyway, sem ni aku tengah berlatihan praktikal taw. Tempat aku intern tu dekat je, belakang utm je which is bila pegi naik kereta, dalam 15 minit pun dah sampai. Tapi bukan tu yang aku nak cerita kat sini. Hmm, yang part x bestnye kan, tetiba dorang nak posting kitorang ke kl..sebulan pulak tu???? Macam tak tahu pulak kan, sebulan tu lama kot. Hari tu aku macam dah lega sikit taw, sebab macam dah x jadi taw benda posting2 ni..sebab ada masalah penginapan kat sana kan..yelah, sebulan kot, ingat senang nak carik rumah sewa semua? Tetiba semalam lecturer aku post..tempat penginapan dah dapat, then ready sebab nak gerak 3 Mei nanti yakni hari KHAMIS ini.

Sebenanye ade la satu ketika tu kan, masa mula2 taw yang kitorang akan diposting ke kl, aku happy sangat, sebab time tu aku memang nak sangat blah dari JB ni..sebab masa tu aku dalam fasa putus cinta. Okey tipu, fasa cinta x berbalas sebenarnya..haha (Pity u jimah..boo). Tapi x lama lepas tu, hepi semula, bukan sebab cinta berbalas ke hape, just sebab i've learn to accept the fact that tak semestinya bila kita mencintai somebody tu kita kena memiliki dia..haha..geli kan ayat aku? sekian~

Eh ape lak sekian..x habis cerita lagi nih. Pastu sekarang bila aku dah hepi dan tengah enjoy gila duduk kat sini, dan dan tu jugak lah nak kena transfer kl. Pandaaaaiii. Hidup x selalunya indah kan? Dan sekarang ni aku hanya menanti kata putus je dari dorang sama ada confirm ke tak kitorang ni akan ditransfer ke kl. Doakan yang terbaik untuk kami (ayat retis).

No comments:

Post a Comment