Friday, December 28, 2012

Express the feelings~

Assalamualaikum.

Too many thoughts to be shared, too many things to be express, yet too many pressure to handle. Okey satu-satu k? So here's the story after 7 days didn't updating something here.

Cerita 1:

Remember the story of me being psycho towards sidan tu? Okey secara excitednya aku nak beritahu, he reply the message. And the reply sounds really positive ! Do you know how the small things like that can bring up my mood for the whole day? Semangat aku siapkan kerja bertangguh2. Tak tidur mengenangkan he willing to response me :) Tak tidur buat kerja la, bukan tak tidur berangan. Okey sambil2 la tu, buat kerja sambil berangan -,- Biarpun aku kata aku tak mengharap dia reply sebab macam tak proper nak start conversation kan? Believe me, itu semua adalah my way of being in denial, you know. And after he reponse me, I've fight with myself whether TO RESPONSE or NOT TO RESPONSE him. I take a few hours to calm myself and THINK of what I should do. Antara benda yang aku fikir, lagi sekali. Elok ke aku reply? Tak ke macam aku dah langgar prinsip aku yang kate pasal tak proper lah, apelah, sebelum ni.

Tapi ada satu lagi thoughts yang dok main dalam otak aku masa tu iaitu (ceh, iaitu), if we want something, we must show some efforts right? Siriusly aku cakap, selepas kecundang dengan beberapa orang crush sebelum ni, aku takkan give up ! kahkahhh over. takde, maksud aku, yela, yang before2 ni punya crush, aku kecundang sebab in the end, aku tahu rupanya mereka dah berpunya. TAPI yang ini, hmm. Aku agak yakin nak approach, sebab I know he's SINGLE. So benda yang selama ni jadi penghalang terhadap crush aku before2 ni, dah settle. So why don't I approach him, and show some hint of me being having a crushyy feeelings on him :P In fact sebenarnya he knows the fact, thanks to senot and salleh -,- And he actually told shenot for me to approach him. Okey dan sekarang masih tunggu his response since dia online seminggu sekali je -,-

Okey tadi aku banyak je benda nak share, tiba2 lepas excited cerita pasal sidan, abis semua lupa -,-

C ya again :D

Saturday, December 22, 2012

Ok, did i make it worst?

Assalamualaikum.

Bersambung episod semalam, yang aku start chat dengan sidan. Dan dengan noobnya, pagi tadi aku delete sebab rasa menyesal. Menyesal sebab thoughts ini:

Start conversation dengan lelaki yang aku tak kenal dan takde motif kot?? Saje nak isi masa lapang, perbuatan SIA-SIA.

Takdela totally sebab thoughts kat atas. Sebenanye sebab tweet member aku sorang ni:

ade awek kt fb baru wish good morning 15 minit y lepas..ape nk jd ngn ank dara skarang..

Woi taw tak sentap kena sebijik di muka ! macam tu ke respon budak2 lelaki bila ada awek tak kenal approach dorang through facebook? I'm a dead meat.

Pastu noob tak aku baru tahu yang mesej facebook tu mane la boleh nak delete kan. Delete tu boleh, tapi aku jelah yang tak nampak pun, dia tetap dah terima pun kan mesej tu. Haha. oke aku memang lembap sikit doh nak faham function2 kat facebook tu. Malu je study computer science. #eh

Then, aku mesej ini dekat beliau:

Salam, do ignore my previous message. Baru sedar yang macam tak elok nak start conversation takde tujuan. And good luck for ur final exam, projects etc.

So, aku rasa kejap lagi sidan mesti cop aku minah psycho.

Aku tak taw la tindakan aku tu akan memperbaiki keadaan ataupun sebaliknya. Sekian~


Mixed feeling

Assalamualaikum.

Hari ni perasaan macam bercampur baur sikit. Sedih ada, gembira ada, hambar ada. Kawalan emosi untuk hari ni agak kurang. Banyak main kot *ayat didi. Entah, banyak sangat main. Eh nak ulang berape kali. Aihh banyak maiinlah awak ni gee.

Dan hari ni siang elok je. Jaga mata dan hati. Malam, makan malam. Habis semua crush dulu2 lalu. Abis aku tengok dengan extreme. Siap aku nak start chat dengan sorang tu. dah excited tengah nak tunggu reponse, meroyan excited kat twitter. Then nampak didi twit ayat ni:

wise advice (yet): pls people, do not fall for someone THAT easy. wot u see, isn't always wot u get. expect less or just don't expect any!

dan:

high expectation may lead to disappointment.


HAH. padan muka aku !

InsyaaAllah aku cuba untuk baiki diri esok dan hari seterusnya. Kena terus mencuba. Sentiasa mencuba. Sebab kita tak tahu mati tu bila. Biar lah Allah kira usaha untuk kita berubah ni sebagai jihad kecil kita. Sebab, bukan senang nak berubah. So, effort tu kena ada. Memang kadang2 tu lalai. Normal la tu, manusia. Itula peranannya ada kawan. Allah hantar kawan2 tu letak status yang kena kat batang hidung kita. Biarlah sentap, asalkan bawak kepada kebaikan.

Ya Allah. Semoga aku istiqamah. Jangan bagi dugaan yang aku tak mampu tanggung. Amin Ya Rabb.



Sumber

Wednesday, December 19, 2012

Riak

Assalamualaikum.

Okey aku rasa certain kebaikan yang kita buat tu, tak perlu nak bagitahu kat orang kerana ianya akan jadi riak, bukan? Tapi hari ni tak tahu la kenapa dengan aku ni, aku cerita kat member aku pasal adala beberapa benda yang sepatutnya benda tu biarlah jadi benda yang between me and Allah yang tahu. And now I'm feeling guilty towards them for being riak.

And I'm looking for a solution about my problem yang bila dah bercakap tak boleh nak berhenti dan akan keluarkan perkara2 yang tak elok untuk diperkatakan. Contoh: Bukak aib orang, riak (macam kes tadi), mencarut (ohmaiii macam mana nak kawen dengan ustaz? -,-)

And this is the best solution, I guess:

"DIAM itu lebih baik dari berkata-kata".

But then, bila aku diam, people will misunderstand me. Biasanya, orang akan ingat aku tengah badmood bila aku diam. Tapi bukan salah dorang. Memang aku ada habit macam tu. Tapi sejak akhir2 ini, percayalah bahawasanya, diam aku adalah untuk mengelak benda2 tak elok tadi, okey? please don't misunderstand me my dear friends :) Mungkin aku perlu diam sambil senyum kot? hihihihii


Monday, December 17, 2012

Reminder

Assalamualaikum

Okey this is me. Yang bangun semula dari katil sebab tak dapat tidur. Dan buat assignment dan online.

Laptop tengah rodak. So ini reminder untuk benda2 yang aku nak bebel bila laptop dah elok.

#Birthday
#Dinner
#Tunang
#Hati...rempeyek..lagi?
#Dugaan
#Didi xoxo

Sumpehh aku suka sangat gambar ni !

Tuesday, December 11, 2012

Dari sudut hati kecilku~

Assalamualaikum.

Okey patutnye sekarang aku buat assignment yang berlambak2..dengan esok presentation lagi. Tapi nak curi mase jugak tulis sini.

Ahad depan, 16 disember (ehemm, besday aku taw...) ktorang ade dinner malam pre-graduation..dan tema malam tu adalah creative black tie. Dah nampak dah di ruangan mata budak2 lelaki kelas aku pakai suit segala kan..pehh. mahu tak gugur jantung tengok budak2 tu nanti. Kena kuatkan iman ni..hihih. Dan budak2 perempuan pulak merangkap member aku amboiii kemain dah redi dengan dress memasing. Cun2 belaka ah semua. Yelah kan, orang kalau dah cun, pakai la ape saje kan. Tetap cun. Hikss.


Nak dijadikan cerita, sekarang aku tengah sengkek, takde duit nak shopping dress2 baru. So, aku plan nak pakai je baju kakak aku masa dia hi-tea aritu. hmm. mulanya macam tulah plan aku. Tapi setelah menggariskan beberapa panduan untuk ke dinner nanti, rasa macam tak jadi nak pakai.


hah kemain kakak aku...



Beberapa garis panduan aku before g dinner tu nanti:

1. Baju longgar, tak nampak lekuk2 d badan..lemak sebenarnye -,-
2. Pakai inner neck, tudung labuhkan sampai bawah dada.
3. Selesa dan senang aku nak melantak makan ape saje malam tu..oww yess
4. Taknak pakai tudung belit2 sangat, kang tecekik
5. Simple dan tak tarik perhatian orang, aku tak minat sebenanye kalau orang pandang aku lebih2, aku lebih suke kalau takde orang perasan pun aku pakai ape malam tu...hehe

Pastu aku dok susah hati, apela nak dipakai ni..since baju kat atas ni macam mencapap je. pastu aku tak yakin nak pakai. Bile tak yakin, dinner tu nanti akan jadik tak best. Taknak la camtu. Dah baya mahal2 kan. nak jugak enjoy dengan selesanya. Aku memang aim nak pakai yang biase2 dan simple tapi sweet ha gitu.

Tiba2 semalam, member aku kate..ade sorang lagi member aku ada dress lebih. So aku g usharrr tadi. dan aku suka sangat. Longgar dan tak ketat. Then aku pakai je dengan tudung bawal nanti. Tak reti la nak belit shawl. hehe..so aku tak jadi ah pakai baju di atas. maaf kakak :D

Can't wait for the dinner.


Monday, December 10, 2012

I love mama !

Assalamualaikum.

Okey hari ni bahagiaaaa sangat ! Tadi pergi ambik surat yang mama kirim, dalam tu should be ada gamba masa kecik2 dulu. Gamba tu nak guna masa dinner hari ahad nanti. Entah, dorang nak buat game teka2 gamba sape kot. haha. Pastu dah lepas ambik surat tu, kemain rakusnye aku bukak on the way balik bilik. Kemain tak sabarnye -,- Bukak2 tengok ade satu kertas kaler pink. Ai?? aku dah pelik. Bukak, ambik, baca. Pak. Nangis on the spot kat situ jugak. Terharu sangaaaaaat. T___T



Tak sangka sangat weh. Mak aku kirim sekali kad besday aku. Besday aku hari ahad ni. Sumpeh sebak, terharu, sedih, excited semua ada bile baca kad ni. Dah la kad buat sendiri. Siap tampal makanan feveret aku pulak tuuuu..aa ayam goreng..udang..Tampal2 semua tu sendiri. Ya Allah, susah nak cerita perasaan aku sekarang. Rasa nak ambik flight sekarang jugak pastu g peluk mak aku kuat2 taknak lepas. Saaaaaayang sangat kat mak aku. Ah kalaulah boleh terbang.


Pastu tadi aku kol mak aku. Dah borak2 gelak2 semua pasal kad tu. Haha mak aku gelak2 je tengok aku excited semacam. Sirius berharga gile kad tu bagi aku weh. Ape2 pun tak saba nak balik..aaaa. ok enough gee -,-

Okey apa2pun, semua orang sayang mak masing2 kan. Jom kite hargai mak kite selagi dorang masih ade k? Jangan sekali2 derhaka kat dorang. Gaduh kecik2 kadang2 tu biase la, tapi make sure lepas tu mintak maaf k? Annnyeoong :D



Sunday, December 9, 2012

Syndrome

Assalamualaikum.

And hi, i'm having my menses right now, and according to one of my friend's theory, there are three phases during pms (this is what gurlzzz faces once a month -,-) First is, fasa bermuram durja. And LUCKILY, I'm in that phase right now -,- You know, all those stuff regarding mood swinging, hot tempered, easily-annoyed-even-by-small-thing/issues...that is all sooooooooo me. Yes I admit it. I'm the one who can't control my way of acting during pms. I'd rather spill out my anger towards people around me. But, dont worry, I'm working really hard to fix that. (so that in the future my husband will not becoming my next target of letting out my anger..duhhh..loser)

and tonight we will be going to watch Malaysia vs sape eh?? hah teruk tak aku, tu pun tak tahu -,- And I hope my good mood that I try to make it stay until now will continuously be there until the game finish. So that I'll not ruin the mood yaw. Wish me luck !

Eh nanti i sambung cerita pasal the next two phase okey? mmmuaaahhh

Auuuuuummmmmmm


Go go Harimau Malayaaaaaa ! You better win, or else my mood will be bad...againnn -,-

Friday, December 7, 2012

Its jodoh againnn !

Assalamualaikum.

Okey you have  to bear with me. I wanna talk about...again......jodoh. Bukan apa, 2 days ago, I've got this great news that one of my friend punya friend (kawan kepada kawan aku..iihihi), amazingly, she's officially engaged ! Subhananallah, masyaAllah..best kan?? Its not like orang lain yang bertunang tapi dia ni (nama tak boleh sebut buat masa ni)..you know, she's such a great muslimah, yang bile kau sekali tengok sangat nampak yang dia ni solehah. And what makes me surprise is, sebelum ni, dia ni seorang yang sangat macam menjaga diri, you know, bukan some sort of gadis yang suka sangat expose diri pada mata masyarakat (ceh ayat)..

Pastu tengok? dia jumpa jodoh masa buat intern 3 bulan. nampak tak ape yang aku cuba sampaikan. Allah knows the best. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap umatNya. Allah tahu ape dan bile mase yang sesuai untuk sesuatu tu berlaku dalam hidup kita. So, instead of aku meraung menangis sebab tak jumpe2 jodoh yang dicari, why don't aku berhenti buat benda2 lagha dan letakkan kebergantungan 100 peratus pada Allah yang Esa. Insya Allah, Allah akan beri apa yang terbaik untuk kita. Oww yes. Allah is near. Allah will response to those who ask. Teringat video Nouman Ali Khan yang cakap pasal Allah is near. Dalam situ beliau explain, Allah akan respon dekat sesiapa je yang meminta pada Dia. Allah tak spesifikkan pun ciri2 orang yang mintak tu, Allah hanya kata, ANYONE..ANYBODY. sape2 pun boleh. Mintalah dengan hati yang ikhlas dan bersugguh. Allah will response. He want to see some efforts from us before answering our du'a. Come on kawan2, lets makes efforts. Allah surely will answer us, amin. insyaAllah.

Susah nak luah

Assalamualaikum.

okey sebagai seorang perempuan *tetiba, aku tak tahu ape yang aku rase malam ni. mungkin lebih kepade rase bersalah kat diri sendiri dan sambil tu tengah in denial la. Denial. bukan Daniel -,- cube menafikan benda yang dah jadi depan mata.

Hmm. tula sebab dia kenapa aku takmo g makan kafe biase tu dah (meran). Macam tadi, dinner kat situ, dengan harapan xde ape2 la akan jadi. harap dapat makan dan terus balik. Tapi tak kesampaian. tengah tunggu order tu, aijudin n the geng pun datang. OK WARNING. cerita ni small matter je. tapi aku tak taw nak luah kat sape. ok sambung. pastu aku terpandang kat dia, then dia jeling. omk. aku macam nak je kate, heloooo, i'm not gonna kacau ur life anymore lah kan macam before ni. ok sebelum ni memang aku tengok dia macam nak telan sebab aku suka sangat. but then, itu dulu. Tapi tulah kan, dia mana nak taw aku dah stop buat benda2 tak berfaedah ni. And maybe this is the price i've to pay lepas buat benda2 ni dulu. Benda2 yang aku buat kata aijudin dulu: tengok beliau sampai beliau rase tak selesa..kot. lagi, tergedik2 depan beliau. Ya Allah, ampunkan dosaku.

And now, i'm gonna stop all those nonsense. This is serious. Bukan setakat stop tgk aijudin, tapi kurangkan jugak tengok benda2 yang tak sepatutnya. Lower your gaze, shield your glance.


"Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini setelah Engkau limpahkan iman padanya, amin"


Wednesday, December 5, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Sebagai hamba Allah kat muka bumi ni, dalam sehari tu jangan lupa untuk ucapkan alhamdulillah k. Tunjukkan rasa syukur sebab kita masih bernyawa lagi kat dunia ni. :)

Sebenanye pagi tadi mood aku takdela baik sangat. Kata hari rabu kan. Enrah, aku tak suka present subjek ite. Dan the worst part, ktorang dapat markah paling rendah. 80 je. Rasa  tak berbaloi. Hmm. Tapi yang bestnya, kelas real-time tadi cancel. Tapi yang tak bestnya, esok kena pergi talk pasal AR. Oh maiii. Yan gtak best lagi, petang ni ada exit test pukul 2. Tapi tak elok merungut, so aku dah ambik keputusan untuk lalui je semua ni. Ceh, ayat nak poyo je -,-

Aku nak expresskan kegembiraan aku je sebab dikelilingi member2 yang sangat positif, sangat tahu bidang agama. Aku ramai member yang suka post benda2 islamik kat facebook. Terutamanya dolah. Dan bila dia post tu, sia explain sekali mana2 yang susah nak faham. Siriusly orang macam ni  susah nak jumpa. Bila budak2 perempuan tanya soalan pasal aurat ke jodoh ke, jawapan dia mesti penuh dengan keikhlasan je. Tak ade perli yang menusuk kalbu. Kalau ade pun, perli untuk kebaikan. Sangat calon suami la beliau ni. Thats why aku sokong je kalau beliau dengan malina *Shhh...abis malina mengamuk kalau baca ni*

Okey babai i nak study untuk exit test *konon

Sunday, December 2, 2012

Kesentapan yang positif

Assalamualaikum.

Oke tadi ktorang g dinner macam biase kat kafe biase ah kan, mewanti. Then, nak dipendekkan cerita, ade lipas. Dan aku mencarut.."Shiiit"..ha gitew..

Pastu kawan aku cakap, "Gee pakai dah sopan tapi cakap shit"...... ngeh3..sentap tak, haaaaa. Lain kali perangai tu bia selari sikit. Pakai dah elok, tapi mulut tak kawal tak bagus jugak.

Terima kasih ela sebab tegur macam tu ^^

Dan situasi semalam pulak, ktorang lepak dengan member lelaki kat jj tebrau. Nak dijadikan cerita, masa nak solat maghrib tu, ramaaaaaaai tahap dewa orang kat surau tu. macam takde space langsung nak gerak. Masa tu aku rimas sangat, then dalam hati aku cakap ah, "Jadi lelaki time macam ni kan senang.." -..-

Pastu dah settle solat semua, ktorang g makan. Sementara tunggu order sampai aku cerita ah pasal kes surau sesak gile tadi, then susah nak g ambik telekung semua..jeng jengggg, kawan aku yang lelaki sorang tu respon camni.." Asal kau tak solat je pakai macam tu" Dia refer kat baju yang aku tengah pakai. aku pun cakap ah, mane boleh dol, baju aku ni muat2 kat badan je. Then aku terfikir kenape aku pakai baju muat2 kat badan je??? then kawan aku tu kate "Lain kali pakai la baju yang terus bawak solat...jubah ke.." HAH AMBIK KAU KENA SEBIJIK. Okey terima kasih nazirul sebab bagi aku ayat kesedaran macam tu ^^

Dan situasi seterusnya, aku ade sorang classmate yang bernama dolah. hihii.. dia suka tegur ktorang budak2 pompuan bab2 aurat ni. tegur direct punya. Haritu memang ramai kena tegur pasal suka selak2 lengan baju padahal lengan tu kan aurat -,- kihkihhhh, baik tak dolah?

Aku macam bersyukur la dikelilingi member2 yang suka tegur2 ni. Yelah, elok kan. Kadang2 kita ni alpa, member tulah patut main peranan benda2 macam ni. Ha gitew :P


Saturday, December 1, 2012

errr..beberapa benda yang i'm not soooo into

Assalamualaikum.

Aku macam ada certain benda tu yang aku tak berapa nak faham sangat sampai ari ni. Antaranya kan:

1. Kereta

Oke taktahu lah nape, aku memang not soooo into kereta. Yang jenis macam, bile ade kereta canggih2 lalu, aku bukan jenis bagi respon camni.."Woowwwww Honda cyviv tuuuuu.." or "pehhhhh lawa gile kot kereta tu, the latest punya keluaran tuuuuu...HYBRID siaaaaap" -..- Sirius weh, aku ni jenis yang taktaw sangat pasal nama2 kereta, apetah lagi specs2 yang ade pada kereta -,- Bagi aku, apabila ingin membeli kereta kelak, yang penting ianya cantik, selesa dan macho. Pasal specs tu mungkin aku kena refer kat suami, EH? Okey the same goes tu motor lah kan. Jenis2 motor or kereta ni tanyela kat aku, memang fail.


2. Aiskrim

Okey kan eskrim2 yang femes macam baskin robin ke tuti frutyy ke..eh tuti fruty tu eskrim ke -,- Hah dua jenama ni lah, aku macam...bukan macam, aku memang not soooo into dorang ni. Bagi aku rase eskrim kat dunia ni tak kisahla mahal ke murah ke...same je. Manis dan sejuk. Tak gitu ke? kihhkihhhhh, so sape rase nak belanje aku ke, eskrim seringgit dalam kon tu pun jadi..tak perlu yang mahal2 kerana SAYA SEORANG YANG TAK RETI NAK MENIKMATI SENI2 YANG TERDAPAT DI DALAM AISKRIM. -,-


3. Asam pedas

Ni lagi satu...aku tak dapat beza asam pedas yang sedap dan tak sedap, sebab bagi aku semua asam pedas tu same -,-


4. Ayam goreng

Kehkehhhh..yang ni pun, bagi aku ayam goreng semua sedap. Takde yang membezakan mereka kecuali saiznya.. *wink*

"banyak lagi sebenarnya, will be update later...

P/S: Tak suka orang yang berlagak