Assalamualaikum.
Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Dalam akademik contohnya (aiceh), kita rasa kita dah berusaha sehabis mungkin buat yang terbaik untuk capai gred yang kita nak iaitu A kan. Yelah A lah, takkan nak gred rendah pulok -.- Tapi tiba2 result keluar, kita dapat B. Gred B yang kita sendiri klasifikasikan macam ni, "Kalau setakat nak dapat B, baik aku buat selambe je, xpayah berusaha. xpayah buat keje sampai tak nampak siang malam. xpayah buat keje fokus sampai balik subuh2 hari. xpayah itu, xpayah ini." Dan bila kita dapat result macam ni, satu perasaan benci dan memberontak akan muncul kat dalam hati ni. Macam rasa dah, lepas ni suka hati lah. Aku nak main je. Buat keje macam tu pun dapat result sedang2 je. Haa camtu.
Setelah dikaji balik benda ni, aku rasa perasaan ni muncul adalah sebab hilangnya sikap bersangka baik dengan Allah. Hmm. senang cerita, semalam aku memberontak sebijik macam ayat2 kat atas ni. PSM aku dapat B. Okey. Semalam memang, puas nangis, main, mencarut, marah dan semua lah. Tapi aku fikir balik, dapat ape je.
Maka hari ni aku bangun dengan selambe malas nak fikir, kelua makan dengan member, gelak2, main2 dan balik tu baru sambung buat kerja lah. Yelah, kang tak buat kang, elok2 dapat B terus dapat C aku pulak yang meroyan lagi.
Apa2pun, moral yang boleh diambil daripada cerita aku ni adalah, AKU TAK PANDAI. TAKNAK BELAJAR DAH. EK? eh bukan bukann. hehe. moral dia adalah, jangan set sangat gol kita untuk duniawi semata. hmm tak faham? aku pun tak berapa faham. hehe. bye.
No comments:
Post a Comment