Assalamualaikum.
Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Dalam akademik contohnya (aiceh), kita rasa kita dah berusaha sehabis mungkin buat yang terbaik untuk capai gred yang kita nak iaitu A kan. Yelah A lah, takkan nak gred rendah pulok -.- Tapi tiba2 result keluar, kita dapat B. Gred B yang kita sendiri klasifikasikan macam ni, "Kalau setakat nak dapat B, baik aku buat selambe je, xpayah berusaha. xpayah buat keje sampai tak nampak siang malam. xpayah buat keje fokus sampai balik subuh2 hari. xpayah itu, xpayah ini." Dan bila kita dapat result macam ni, satu perasaan benci dan memberontak akan muncul kat dalam hati ni. Macam rasa dah, lepas ni suka hati lah. Aku nak main je. Buat keje macam tu pun dapat result sedang2 je. Haa camtu.
Setelah dikaji balik benda ni, aku rasa perasaan ni muncul adalah sebab hilangnya sikap bersangka baik dengan Allah. Hmm. senang cerita, semalam aku memberontak sebijik macam ayat2 kat atas ni. PSM aku dapat B. Okey. Semalam memang, puas nangis, main, mencarut, marah dan semua lah. Tapi aku fikir balik, dapat ape je.
Maka hari ni aku bangun dengan selambe malas nak fikir, kelua makan dengan member, gelak2, main2 dan balik tu baru sambung buat kerja lah. Yelah, kang tak buat kang, elok2 dapat B terus dapat C aku pulak yang meroyan lagi.
Apa2pun, moral yang boleh diambil daripada cerita aku ni adalah, AKU TAK PANDAI. TAKNAK BELAJAR DAH. EK? eh bukan bukann. hehe. moral dia adalah, jangan set sangat gol kita untuk duniawi semata. hmm tak faham? aku pun tak berapa faham. hehe. bye.
Another Life Journey?
WARNING: Blog ni sumpeh bebelan-bebelan dan jugak luahan-luahan hati aku yang bagi orang lain tak masuk akal. So, kalau taknak menyesal, do leave this page..now ! ;D
Saturday, January 26, 2013
Thursday, January 24, 2013
Nasihat si adik lelakiku
IBU.....KAKAK1,KAKAK2,KAKAK3,KAKAK4,..........ADIK
bantulah anak,adik dan abang kalian yg ini,juga ayah kalian,.....
jgn kerana lalainya kamu,kami menderita..,
jgn kerana malasnya kamu,kami ke sengsara...
tutuplah aurat kamu dgn sempurna...
tuntutlah ilmu agama dan amalkannya....
jujur kukatakan..
inginku melangkah ke syurga bersama kalian...
menjadi penghuninya...
berbahagia seamanya...
[dariku utk kamu]

Nasihat baru di kala down
tapi tak guna pun nak bising, there's no turning back
mungkin skrg susah ji
lepas ni mungkin syorga
Allah knows. c:
He knows best!
jadi mari lah kita harungi semua benda ni dgn redha dan terima dengan hati yang terbuka
thanks didi sayang !
Tuesday, January 22, 2013
Sayang yang sayang
Assalamualaikum.
Oh petang yang sunyi. Pagi tadi present psm, yes kena bambu. Teruk gak kena. Nasib baik dapat minor correction je. Ini sangat menakutkan. Lepas buat thesis segala baru aku boleh grad. So penentu dia dalam dua minggu ni je. Phew. Harap2 sempat.
Oh tahukah anda, apabila perasaan sayang sudah terbina di dalam hati kita untuk seseorang tu, ianya bagaikan kotoran degil yang amat susah hendak ditanggalkan. And now, I'm loving somebody sincerely from my heart. Pfft. Ayat apekah ini.
Walaupun jauh,sayang tetap ada. Rindu apatah lagi.
Sincerely,
jimahslim...beh.

Thursday, January 17, 2013
Manusia biasa
Assalamualaikum.
Dan hai..aku adalah seorang manusia biasa yang masih lagi terkial-kial untuk melakukan perubahan 360 darjah terhadap diri dan cara hidup aku.
Allah berikan aku kekuatan. tolong. tolong. tolong. hmm.
hmm.hmmmm hmmm. oke ni namanya memang tengah kritikal sampai tahap tak tahu nak luah ape.
I love u, I miss u, I need u..Allah.
Give me strength.
Berikan aku petunjuk.
Aku sering lalai.
Aku sering cemburu *tetiba
oke dah bye.

Wednesday, January 16, 2013
Tanyalah ustazah #1
Tanyalah Ustazah
Di dalam kehidupan, kita sentiasa diberi dua pilihan. Yang halal atau haram. Yang haq mahupun batil. Yang membawa ke syurga atau neraka. Yang diredhai atau dimurkai Allah. Maka, setelah diberi yang halal, wajarkah kita masih mahu memilih yang haram? Bersediakah kita dengan alasan di akhirat nanti?
Dalam mana-mana urusan, sentiasa pilih yang halal. Bukan makanan saja yang halal, tetapi santapan hati itu juga perlu halal.
Usah risau melepaskan sesuatu yang sememangnya belum halal buat kita. Yakinlah, jika benar ia ditakdirkan milik milik kita, akan Allah kembalikan dengan cara dan pada waktu yang terbaik.
Allah knows best. Yes, He does! ♥
-halawatul-iman-

Sunday, January 13, 2013
Pang pelempang!
Assalamualaikum
Hari ini hari ahad. Behh intro hambarrr. Hari ni aku telah terjumpa sepotong ayat yang di share oleh seorang senior sekolah menengah. Ayat tersebut telah melempang aku sehidup-hidupnya. Sebenarnya bukan ayat, sebnarnya lebih kepada satu cerita. Yang bertajuk "Andai Rasulullah s.a.w Melihat aku Berfacebook"
Meh aku share kan kat sini:
~>ANDAI RASULULLAH MELIHAT AKU BERFACEBOOK<~
Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian. Tajuknya ‘Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook’. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada ’pro and cons’nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap “disebabkan kitafriend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U.” Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting’ dengan seorang kristian.
*Muslimah Dan Facebook*
Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?
Ok, begini ya Rakan-rakan. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!
Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber ‘facebook’ ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.
“Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!”
Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..
Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?
Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.
“Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”
Betul ke ni?
Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,
“Baguslah enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihanconfirm menang ni.”
“Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”
Nampak?
Wahai saudara/saudari ku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, “Eh,dia ni. Nampak je waro’ tapi miang jugak.” “Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?”
Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.
Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.
Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.
“Aku menunggumu kerana Allah.”
Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak yang spesis ‘aku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di ‘like’. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang Lelaki tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kamu, mahalkanlah mahar maruah kamu wahai Muslimah.
Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak ‘melampau’. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqab kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqab yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya )
Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku?
Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
Baru baca beberapa baris ayat tu, dah kena pelempang. I'll take an action to purify my heart. Terima kasih senior :)
Okey sekarang mari sambung basuh baju! baaaapak ah basuh baju sampai 2 trip -,- senonoh sikit la jimah oii kumpul baju kotoq buka dapat duit pun -..-

Subscribe to:
Posts (Atom)